Thursday, February 19, 2009

Israel ulangi pendirian isu Gaza


SEORANG pekerja bantuan kemanusiaan (kiri) mengisi makanan dalam pinggan untuk diedarkan kepada penduduk Palestin di Gaza, semalam.


BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam mengulangi pendiriannya bahawa sekatan terhadap Gaza hanya akan ditarik semula selepas seorang askar negara itu, Gilad Shalit, dibebaskan.

"Kami mahu menyelesaikan isu Shalit dan akan melihat pembukaan semula lintasan sempadan serta program pemulihan semula Gaza," kata Olmert.

Kenyataan sama pada Ahad lalu menyebabkan Hamas menuduh Israel berdolak-dalik bagi mencapai satu gencatan senjata jangka panjang dengan pembebasan Shalit.

Askar Israel itu ditangkap oleh pejuang Hamas dalam satu serangan rentas sempadan dari Gaza dua tahun lalu.

Hamas menyatakan Shalit akan dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran tahanan yang berbeza.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini turut menyatakan pembukaan sempadan tidak akan terikat dengan pembebasan Shalit.

"Mesir tidak akan mengubah kedudukan perjanjian damai. Pembebasan Shalit adalah isu berbeza yang tidak boleh dihubungkan dengan rundingan damai," lapor akhbar Al-Ahram yang memetik kenyataan Hosni.

Kaherah sebelum ini bertindak sebagai orang tengah dalam usaha menyatukan gencatan senjata yang menyaksikan kekejaman tentera Israel selama 22 hari di Gaza yang berakhir pada 18 Januari lalu. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...