'Saya belum fikir nak kahwin'
KUALA LUMPUR - Selepas berakhirnya edah Abby Abadi, Zul menafikan dia mempunyai sebarang perancangan untuk melamar Abby atau meneruskan hubungan mereka hingga ke gerbang perkahwinan.
"Saya tidak terfikir ke arah itu (berkahwin). Rasanya sudah terlalu jauh menyimpang kalau hendak bercakap soal kahwin.
"Lagipun saya masih baru dan saya perlu memperbaiki diri dalam bidang lakonan, malah banyak ilmu perlu dipelajari untuk memantapkan diri saya dalam bidang ini.
"Cuma pada saya, kalau ada jodoh ia tidak ke mana," katanya ringkas sambil menambah dia melibatkan diri dalam dunia seni demi untuk membantu meringankan beban keluarga.
Zul yang bakal digandingkan dengan Abby dalam siri drama Gerak Khas berkata, hubungan mesra mereka ketika ini sebenarnya disalah anggap oleh sesetengah pihak.
"Kami macam biasa sahaja. Persahabatan kami juga kelihatan santai. Saya senang berkawan dengan Abby yang disifatkan sebagai wanita yang komited melakukan satu-satu pekerjaan, bercita-cita tinggi dan merupakan ibu yang baik," jelasnya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
No comments:
Post a Comment