Thursday, February 19, 2009

Hilmi ‘ghaib’ sejak 10 hari

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

yang menyiasat di rumahnya, semalam." title="SIASAT...Elizabeth (tengah) bersama beberapa anggota polis
yang menyiasat di rumahnya, semalam." height="371" width="300" border="0">
SIASAT...Elizabeth (tengah) bersama beberapa anggota polis 
yang menyiasat di rumahnya, semalam.

PETALING JAYA: Bekas teman lelaki Exco Selangor, Elizabeth Wong, 37, yang dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malek, 32, dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 10 hari lalu.

Tinjauan Harian Metro ke kediaman keluarga lelaki berkenaan di Ampang petang semalam mendapati dia dipercayai tiada di rumah itu. 

Seorang pembantu rumah yang enggan dikenali memberitahu anak majikannya itu tidak pulang ke rumah terbabit sejak 10 hari lalu.

Menurutnya, Hilmi keluar menggunakan kereta adiknya dan meninggalkan kenderaannya di rumah berkenaan tanpa memaklumkan hala tujunya.

Sementara itu, siasatan penyebaran gambar bogel Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu akan dipindahkan kepada polis Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kes itu dipindahkan berikutan rumah Wong berada dalam bidang kuasa polis Kuala Lumpur.

Katanya, perkara itu disedari apabila pasukan forensik membuat siasatan di rumahnya di Jalan Gasing di sini, tengah hari semalam. 

“Unit forensik membuat siasatan kira-kira dua jam dan selepas itu kami sedari kawasan yang didiami YB Wong berada di Kuala Lumpur, maka esok (hari ini) kami akan serahkan maklumat hasil siasatan setakat ini kepada polis KL,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khalid berkata, polis masih berusaha mengesan rakan lelaki Elizabeth yang boleh membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar bogel berkenaan. 

Menurutnya, dua lelaki terbabit masing-masing berada di Malaysia dan luar negara diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Sepasukan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di rumah Exco Selangor itu di Jalan Gasing di sini berhubung penyebaran gambar separuh bogelnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pemeriksaan itu bagi mengumpul bahan bukti untuk melengkapkan kertas siasatan. 

“Pasukan penyiasat itu dibawa Elizabeth ke rumahnya dan diketuai seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan.

“Proses yang memakan masa dua jam itu adalah prosedur siasatan biasa seperti mengambil gambar tempat kejadian dan pemeriksaan keadaan dalam rumah berkenaan,”
katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. 

Menurut Arjunaidi, sehingga kini, polis sudah merekod keterangan lima individu iaitu masing-masing dua wartawan akhbar The Malay Mail dan dua daripada akhbar The Sun dan Elizabeth.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219094149/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...