Thursday, February 19, 2009

Polis panggil bekas kekasih

SHAH ALAM: “Hari ini (semalam) kami panggil teman lelaki Elizabeth Wong untuk beri keterangan berhubung penyebaran gambar separuh bogel itu kepada umum,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengulas berhubung isu penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan merangkap Ahli Exco Selangor.

Khalid berkata, identiti lelaki terbabit sudah dikenal pasti, bagaimanapun ia tidak boleh didedahkan kepada umum berikutan takut mengganggu siasatan.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Bengkel Khas Majikan kepada Kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Lembaga Zakat Selangor di sini, semalam berkata, lelaki terbabit akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Hari ini kami akan merakam percakapannya, ia prosedur biasa dalam proses siasatan,” katanya.

Ditanya sama ada lelaki itu bertanggungjawab mengedar gambar terbabit, Khalid berkata perkara itu masih dalam siasatan dan ia akan disiasat dari pelbagai aspek.

“Polis juga sudah menerima dua keping gambar dan satu cakera padat (CD) yang mengandungi dua salinan selepas merekod keterangan daripada empat wartawan berbahasa Inggeris, kelmarin.

“Dua wartawan Malay Mail dan dua wartawan The Sun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung (laporan berita) pengedaran gambar berkenaan. 

“Dua keping gambar dan gambar yang dimuatkan dalam CD daripada wartawan itu sama. Selain itu kami juga akan meneliti web berkenaan,” katanya yang menasihatkan orang ramai yang memiliki gambar terbabit supaya memusnahkan atau menyerahkan kepada polis.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219094118/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...