SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 Februari ini bagi memberi taklimat kepada baginda selain mendapat nasihat dan panduan berhubung isu gambar separuh bogel Ahli Exconya, Elizabeth Wong.
Beliau berkata, Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan baginda kini berada di luar negara dan berkenan menerima menghadapnya minggu depan.
“Kerajaan Pakatan Rakyat berharap pertemuan itu membuahkan satu keputusan yang terbaik untuk negeri Selangor.
“Buat sementara, Elizabeth akan bercuti, paling lama sebulan dan segala tugasnya akan dipikul dan dilaksanakan semua ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri meminta semua pihak supaya menghentikan penyebaran gambar terbabit kerana ia satu kesalahan mengaibkan selain menghormati hak Elizabeth Wong.
“Kami Pakatan Rakyat akan tetap berada di belakang menyokongnya dan meminta semua pihak hentikan sebarang spekulasi,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berpendapat terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membuat andaian kotor berhubung isu gambar itu selain cuba menjatuhkan reputasi beliau sebagai Yang Berhormat.
“Selain itu terdapat juga pihak media dan laman web tertentu yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini demi kepentingan politik murahan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219094035/Article/index_html
No comments:
Post a Comment