Thursday, February 19, 2009

Hakim tegur ADUN Pas tidak hadir bicara


SITI AISHAH bersama dua orang anaknya, Ahmad Firdaus (berjalan) dan Nor Salwa di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu semalam. Gambar kecil ialah Wan Ismail Wan Jusoh.





KOTA BHARU - Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Nik Mohd. Najib Nik Hassan menegur sikap Wan Ismail Wan Jusoh yang tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes tuntutan nafkah bagi dua orang anaknya yang dijaga bekas isterinya, Siti Aishah Abdullah.

Hakim Nik Mohd. Najib menasihatkan supaya Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Melor, yang diwakili oleh peguam syarie Mohd. Zaki Zainal Abidin supaya hadir pada prosiding akan datang dan mengambil serius terhadap proses perundangan itu.

Pada prosiding semalam, Siti Aishah yang diwakili oleh peguam syarie, Mohd. Sibri Ismail memohon kepada mahkamah untuk membuat tuntutan bayaran nafkah sebanyak RM1800 sebulan bagi kebajikan dua orang anaknya.

Dalam permohonan itu, plaintif mendakwa sepanjang tempoh penceraian, defendan tidak memberi nafkah kepada anak-anak iaitu Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3.

Dengan itu, plaintif terpaksa mencari kerja bagi menyara diri dan kedua-dua anaknya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...