LONDON - Anggota-anggota Parlimen dari hampir 40 buah negara dalam satu mesyuarat sebelum berlangsungnya persidangan perkauman sedunia semalam diberi amaran bahawa berlakunya peningkatan sentimen anti-Semitik yang baru.
Hampir 100 Ahli Parlimen akan merangka Deklarasi Membanteras Anti-Semitik dalam mesyuarat yang diadakan di London.
Sentimen anti-Semitik merujuk kepada kebencian kepada penduduk keturunan Yahudi.
"Persidangan ini tidak cukup sekadar cakap-cakap sahaja. Kami berharap bara anti-Semitik sudah lama terhapus namun sebenarnya ia tidak sebegitu," kata Menteri Luar Britain, Lord Mark Malloch-Brown kepada stesen televisyen BBC.
Katanya, persidangan itu tidak hanya membincangkan perhubungan antara Islam dengan Yahudi.
"Isu yang lebih besar adalah untuk kembali kepada asas agar rakyat diingatkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh Yahudi di kebanyakan negara di seluruh dunia," kata Malloch-Brown.
Pencetus sidang kemuncak London, John Mann iaitu Ahli Parlimen yang mengetuai jawatankuasa mementang anti-Semitik berkata, mesyuarat itu penting untuk menangani masalah berkenaan.
"Komuniti Yahudi di seluruh dunia perlu mengetahui bahawa mereka tidak bersendirian," katanya. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
No comments:
Post a Comment