Thursday, February 19, 2009

Zambry, enam Exco digantung


ZAMBRY (kanan) bersama barisan Exco Perak memasuki bilik mesyuarat bagi membincangkan penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN di Ipoh semalam. Gambar kecil ialah V. Sivakumar.





IPOH - Politik Perak memasuki satu lagi episod kecoh apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan semua Exco kerajaan negeri daripada menghadiri Sidang DUN secara serta-merta mulai semalam.

Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mewakili DAP melarang Zambry daripada menghadiri sesi Sidang DUN Perak selama 18 bulan.

Enam Exco kerajaan negeri lain iaitu Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Datuk Shaarani Mohamad dan Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon pula digantung selama setahun.

Menurut Sivakumar, kesemua tujuh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berikutan satu aduan yang dibuat oleh ADUN Canning (DAP), Wong Kah Woh.

Kah Woh mendakwa majlis angkat sumpah jawatan Zambry dan Exco baru Perak daripada BN itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin belum meletak jawatan secara rasmi.

"Setelah meneliti aduan tersebut, saya telah mendapati satu kesprima facie terhadap Zambry dan enam yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sivakumar berkata, beliau telah memanggil Zambry dan semua Exco berkenaan untuk memberi penjelasan di hadapan jawatankuasa tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...