BAITULMAQDIS - Para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyatakan sejumlah bom hidup bersaiz besar yang ditinggalkan oleh tentera Israel ketika serangan di Gaza pada bulan lalu, didapati hilang.
Bom-bom itu tidak meletup dalam serangan Israel selama tiga minggu di Gaza bermula 27 Disember lalu termasuk tiga butir bom seberat 900 kilogram dan lapan butir bom seberat 230 kilogram.
Semua bom itu ditempatkan di sebuah pekarangan pejabat polis di Gaza.
Serangan selama 22 hari yang bermula pada 27 Disember lalu dan berakhir 18 Januari lepas itu meragut 1,300 nyawa penduduk Palestin dan 13 rakyat Israel.
Badan dunia berkata, pihaknya tidak tahu siapa yang menjadi dalang kejadian itu tetapi tidak menuduh anggota-anggota pergerakan Hamas melarikan bom tersebut.
"Kami cemas menunggu bahan letupan itu dipulangkan. Bom-bom itu berbahaya dan perlu dimusnahkan dengan selamat," kata jurucakap PBB, Richard Miron.
Sementara itu, beberapa kawasan di selatan Genting Gaza rosak tetapi tiada kematian dilaporkan akibat serangan udara Israel semalam, kata penduduk Palestin dan pegawai Hamas. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
No comments:
Post a Comment