KUALA LUMPUR – Sudah berani bertindak memasuki kereta mangsa.
Itulah modus operandi terbaru ahli sindiket gores dan menang sebelum memujuk mangsa dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena sambutan ulang tahun serta cabutan bertuah sebuah pasar raya terkemuka.
Jika `sudah masuk jarum’, mereka meminta mangsa memandu kenderaan ke pejabatnya bagi membuktikan bahawa tawaran tersebut kononnya benar.
Demikianlah kejadian yang menimpa seorang kakitangan awam, Intan Mohd. Tajuddin, 27, ketika beliau dan suami selesai berurusan dengan sebuah bank di Kajang pada 13 Februari lalu.
“Pada hari kejadian, saya dihampiri oleh seorang jurujual wanita berumur sekitar awal 20-an dan dia terus tunjukkan surat yang tertera nama sebuah pasar raya besar itu.
“Saya pun buka surat itu dan jurujual itu kata saya menang hadiah utama berupa sebuah Proton Perdana V6, sebuah motosikal Jaguh, televisyen plasma dan wang tunai bernilai RM10,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.
Selepas Intan memberitahu jurujual tersebut bahawa beliau tidak berminat, jurujual tersebut terus melompat masuk ke dalam keretanya dan meminta suaminya memandu menuju ke pejabatnya di Taman Connaught.
Setibanya di pejabat itu, Intan bersama suaminya dibawa naik ke aras dua bangunan rumah kedai dan beliau sekali lagi diminta mencabut satu daripada empat sampul surat tetapi sebelum itu, beliau diminta membayar RM4,000 untuk tujuan pengiklanan.
“Saya pun beritahu tak ada wang sebanyak itu dan saya hanya ada RM1,500, itupun dalam bank. Suami saya kemudian turun dan pergi ke bank berhampiran untuk keluarkan duit sementara saya tinggal di atas.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
No comments:
Post a Comment