Thursday, February 19, 2009

Rakyat Malaysia bawa heroin ditangkap


SYDNEY - Pihak berkuasa Australia mendakwa berjaya menumpaskan jaringan pengedaran dadah global berikutan tertangkapnya seorang rakyat Malaysia di sebuah lapangan terbang Sydney bersama 14 kilogram heroin, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki yang berumur 21 tahun itu ditangkap oleh sekumpulan pegawai daripada Kumpulan Jenayah Bersepadu Asia (JACG) kelmarin ketika suspek mahu menaiki sebuah pesawat antarabangsa.

Suspek tersebut didakwa memiliki dan membekal sejumlah dadah berskala komersial yang kemudian didapati sebagai heroin.

Tangkapan itu dilakukan selepas tertangkapnya dua warga Singapura untuk kesalahan sama.

Seorang pegawai polis, Tim Morris berkata, penahanan itu menunjukkan terdapat kerjasama membasmi jenayah di kalangan agensi-agensi memerangi jenayah.

Suspek akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Sydney dan jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau denda sebanyak A$550,000 (RM1.28 juta). - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...