KANGAR – Seorang pegawai kanan polis yang baru pulang dari bercuti terkejut melihat seorang bayi perempuan yang masih hidup berada di dalam sebuah laci almarinya ketika sedang mengemas pakaian semalam.
Pegawai polis berusia lingkungan 30-an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu berkata, dia pada mulanya tergamam apabila terdengar suara bayi menangis di dalam rumahnya kira-kira pukul 9 pagi.
Apabila disiasat, suara tersebut datangnya dari sebuah laci almari yang digunakan oleh pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia dan apabila dibuka, seorang bayi yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan berada di dalamnya.
Ketika menyoal pembantu rumah tersebut, dia memberitahu telah menemui bayi tersebut di dalam tong sampah berhampiran rumahnya pada Jumaat lalu sekitar pukul 6 pagi.
“Saya jumpa bayi ini pada pukul 6 pagi itu (Jumaat) dan membawanya pulang untuk menjaganya, semata-mata bagi mengelak ia daripada kelaparan dan menangis,” kata pembantu rumah itu yang enggan namanya disiarkan.
Sangsi dengan jawapan pembantu rumahnya itu, pegawai terbabit melakukan pemeriksaan ke atas tubuh pembantu itu dan kemudian membawa dia ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pemeriksaan lanjut.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
No comments:
Post a Comment