mohamad@hmetro.com.my
kegiatan samun." title="CURIGA...Bakri menunjukkan gambar tempat penjenayah menjalankan kegiatan samun." height="202" width="300" border="0"> |
CURIGA...Bakri menunjukkan gambar tempat penjenayah menjalankan kegiatan samun. |
ALOR STAR: Enam penjenayah yang ditembak mati di Kulim dekat sini, malam kelmarin, dipercayai anggota Geng 08 yang bergiat aktif melakukan rompakan kedai emas di beberapa negeri sejak dua tahun lalu.
Polis percaya kumpulan itu terbabit secara aktif dalam beberapa kejadian samun di kedai emas menggunakan senjata api di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.
Dalam kejadian itu, polis menyerbu sebuah rumah dipercayai menjadi tempat penjenayah terbabit memproses dan melebur emas rompakan.
Rumah itu dipagar dengan zink setinggi tiga meter bagi mengelak kegiatan mereka diketahui orang ramai.
Penjenayah turut melepaskan beberapa anjing Rottweiler di sekitar perkarangan rumah berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam pada jam 10.10 malam di sebuah rumah di Lot 157A, Kampung Kemunting, Karangan, Kulim.
“Ketika serbuan dilakukan, kami memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada penghuni rumah berkenaan untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan kami terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
“Berikutan kejadian berbalas tembakan itu, polis menembak mati enam suspek berusia 20 hingga 50 tahun yang seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi dikehendaki kerana kesalahan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
Mohd Bakri berkata, polis menahan empat wanita dalam rumah berkenaan berusia antara 21 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan.
“Kami menemui pistol semi auto jenis Smith & Wesson 9mm berwarna perak bersama tujuh butir peluru hidup dan sebutir kelongsong peluru yang sudah digunakan ketika kejadian berbalas tembakan.
“Polis turut menemui sepucuk pistol revolver .38 Special empat inci berwarna hitam berserta lima butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru di dalam chamber dipercayai digunakan ketika berbalas tembakan.
“Turut ditemui tiga kenderaan BMW model 318i, Proton Perdana dan sebuah pacuan empat roda Cherokee Sport dipercayai milik penjenayah terbabit yang digunakan untuk melakukan samun,” katanya.
Mohd Bakri berkata, hasil siasatan turut menemui peralatan memproses dan melebur emas dipercayai digunakan selepas merompak beberapa kedai emas sebelum mereka melebur semula dan dijual ke pasaran tempatan.
Empat wanita terbabit ditahan reman tengah hari semalam. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api.
Operasi itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat Bukit Aman dengan bantuan polis Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Hasil siasatan mendapati kumpulan berkenaan pernah melakukan rompakan kedai emas di Kedah (lima kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Perak satu kes.
Dalam pada itu, beliau menafikan seorang daripada enam penjenayah yang ditembak mati itu anak kepada ahli politik di negeri ini.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219093627/Article/index_html
No comments:
Post a Comment