Thursday, February 19, 2009

Bristol tentang remaja hamil - Anak bekas calon Naib Presiden insaf


GAMBAR fail bertarikh 14 Februari lalu menunjukkan Bristol memangku anaknya, Tripp 
di Fairbanks, Alaska.


LOS ANGELES - Anak gadis bekas calon Naib Presiden daripada Parti Republikan, Sarah Palin menyatakan kehamilan pada usia remaja tidak sepatutnya berlaku.

Kehamilan anak Palin itu, Bristol ketika dia berumur 18 tahun menjadi bahan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu selepas ibunya diumumkan menjadi regu calon Presiden daripada Parti Republikan, John McCain.

Ibunya itu adalah juga Gabenor Alaska.

Bristol melahirkan seorang bayi lelaki, Tripp pada Disember lalu hasil hubungan luar nikah dengan seorang rakan sekolahnya.

Ketika ditemu ramah oleh Fox News, Bristol menyatakan beliau mahu berkempen bagi menentang kehamilan remaja.

"Semua pihak perlu menunggu selama 10 tahun. Saya tidak lagi menjadi glamor.

"Saya berharap orang ramai akan belajar daripada cerita saya.

"Keadaan akan menjadi lebih mudah jika anda sudah berkahwin atau mempunyai rumah dan kerjaya," katanya.

Menurut Bristol, Tripp memberinya kegembiraan dan dia tidak menyesal melahirkan bayinya itu.

"Semua pihak perlu mengawal nafsu tetapi itu bukanlah satu perkara yang realistik," kata Bristol. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...