Bapa tak boleh tidur
mangsa kepada petugas di Lojing, semalam. Gambar kecil, Mohamed Hassan." title="BERI TAKLIMAT...Aziz (kiri) menerangkan mengenai operasi mencari mangsa kepada petugas di Lojing, semalam. Gambar kecil, Mohamed Hassan." height="216" width="300" border="0"> |
BERI TAKLIMAT...Aziz (kiri) menerangkan mengenai operasi mencari mangsa kepada petugas di Lojing, semalam. Gambar kecil, Mohamed Hassan. |
GUA MUSANG: “Pak cik tidak boleh tidur Ahad lalu dan menunggu hingga awal pagi, tetapi dia masih tidak pulang, rupa-rupanya hilang di hutan,” kata Zainuddin Shariff, 59, bapa kepada Mohamed Hassan Ayat, 28, yang hilang di Gunung Yong Yap, dekat sini, sejak empat hari lalu.
Menurutnya, dia menerima berita kehilangan itu daripada seorang rakan anaknya yang berjaya keluar dari hutan terbabit, kira-kira jam 5 petang sebelum bergegas ke Lojing untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Katanya, sebelum itu, isterinya, Norhayati Abdul Razak, 56, cuba menghubungi anak mereka, tetapi tidak dijawab dan difahamkan masih berada di puncak gunung menyebabkannya sukar dihubungi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang Ahad lalu, mangsa dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Yong Yap dan kehilangannya disedari rakan sebaik tiba di Kem Agas untuk berehat.
Mangsa menyertai ekspedisi mendaki gunung berkenaan jam 10 pagi Sabtu lalu bersama 13 rakan lain diketuai jurupandu, Rosham Rizam Zahari, 36, dari sebuah syarikat pemandu pelancong di Kuala Lumpur.
Mohamed Hassan Ayat yang berada di barisan keempat dalam perjalanan itu bertolak dari puncak gunung jam 12.10 petang Ahad lalu untuk tiba lebih awal ke tempat permulaan di Pos Brooke.
Zainuddin berkata, memang menjadi hobi anak kedua daripada lima beradik itu menyertai aktiviti lasak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata pihaknya akan menambah lebih ramai anggota penyelamat termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk Orang Asli bagi meneruskan operasi mencari yang bermula jam 9 pagi.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219093457/Article/index_html
No comments:
Post a Comment