PETALING JAYA - Siasatan kes gambar bogel Elizabeth Wong semakin 'panas'.
Semalam polis memperhebatkan dan memperluaskan skop siasatan dengan membuat pemeriksaan di lokasi kejadian gambar itu dirakamkan.
Sepasukan unit forensik telah dihantar ke kediaman Elizabeth di Jalan 1/132 Jalan Gasing di sini.
Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh pegawai penyiasat Asisten Supritendan Azlinda Roslan tiba di rumah Elizabeth pukul 11 pagi dan hanya beredar selepas tiga jam.
Sepanjang kehadiran polis itu, Elizabeth sentiasa berada di rumahnya untuk memberi kerjasama dengan membantu polis seperti menunjukkan lokasi di mana gambarnya dirakamkan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah mengambil gambar tempat kejadian dan memperoleh keterangan lanjut daripada Elizabeth di rumahnya bagi membantu siasatan.
"Lawatan ke tempat kejadian perlu bagi membuat siasatan lanjut sesuatu kes dan kita lakukannya bagi menyiapkan siasatan kes ini.
"Setakat ini Elizabeth memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan. Kita yakin akan dapat menahan dalang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut sekiranya semua yang dipanggil turut memberikan kerjasama,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
No comments:
Post a Comment