Thursday, February 19, 2009

Pengikut Along Black diburu

Pengikut Along Black diburu




dicari polis, semalam." title="DICARI...Jalil menunjukkan gambar Mohd Hafiz yang
dicari polis, semalam." height="315" width="300" border="0">
DICARI...Jalil menunjukkan gambar Mohd Hafiz yang 
dicari polis, semalam.

AMPANG JAYA: Kegiatan sekumpulan remaja yang aktif mencuri motosikal kapcai di sekitar daerah ini lumpuh apabila sembilan ahli Geng Along Black termasuk ketuanya diberkas polis dalam beberapa serbuan berasingan, baru-baru ini.

Kumpulan yang bergerak aktif sejak setahun lalu itu bertindak licik apabila meleraikan motosikal curi untuk mengambil beberapa komponen berharga sebelum membuang rangkanya ke dalam sungai bagi mengelak dihidu pihak berkuasa. 

Mereka yang dianggotai remaja berusia antara 17 dan 20 tahun dipercayai menggunakan kunci pendua yang direka khas untuk menghidupkan enjin sebelum melarikan motosikal mangsa.

Bagaimanapun, kegiatan jahat kumpulan itu terbongkar apabila sembilan daripada mereka ditahan dalam serbuan berasingan dilancarkan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata penahanan suspek kemudian membawa kepada penemuan tiga motosikal dan sembilan rangka motosikal curi. 

“Melalui maklumat dan risikan, kita (polis) menahan seorang lelaki dikenali Along Black berusia 18 tahun dipercayai ketua kumpulan itu yang sedang menaiki motosikal di Taman Mulia Jaya, kira-kira jam 12.20 pagi.

“Suspek ketika itu dilihat berkelakuan mencurigakan dan hasil pemeriksaan anggota polis mendapati motosikal berkenaan dicuri dan dilaporkan hilang di sekitar Ampang,”
katanya, semalam.

Menurut Jalil, suspek yang disoal siasat kemudian mengaku mencuri 25 motosikal di seluruh daerah ini dan mempunyai beberapa pengikut setia untuk melakukan kegiatan berkenaan.

“Hasil maklumat diterima polis seterusnya memberkas empat rakan suspek di kawasan berhampiran manakala empat lagi di Banting, Selangor.

“Polis bagaimanapun sedang mengesan seorang lagi rakan suspek dikenali sebagai Mohd Hafiz Abdullah, 18, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219094427/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...