Thursday, February 19, 2009

Trump, Ivanka letak jawatan

Trump, Ivanka letak jawatan


TRUMP



IVANKA


NEW YORK - Bilionair terkenal, Donald Trump dan anaknya Ivanka meletakkan jawatan daripada menjadi ahli lembaga pengarah syarikat perjudian Trump Entertainment Resorts Inc., lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan itu dilakukan kerana mereka menjadi mangsa terbaru krisis kewangan di Amerika Syarikat (AS) setelah syarikat itu memohon untuk mendapatkan perlindungan muflis dari sebuah mahkamah.

Syarikat Trump Entertainment Resorts Inc. mengemukakan permohonan itu setelah gagal membayar faedah bon bernilai AS$53.1 juta (RM193 juta) sejak 1 Disember lalu.

Trump yang memiliki 28 peratus saham dipercayai meletak jawatan menjadi lembaga pengerah pada Jumaat lalu setelah tidak bersetuju dengan permohonan perlindungan tersebut.

"Pada satu ketika dulu, saya membuat tawaran untuk membeli syarikat ini dengan harapan ia mampu menukar nasib. Namun, para pemegang bond menghalang saya," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...