Rihanna terkejut tindakan Brown
LOS ANGELES – Penyanyi pop, Rihanna dilaporkan terkejut dengan cubaan bekas teman lelakinya, Chris Brown yang memohon maaf kerana menyerangnya, lapor sebuah akhbar semalam.
“Kami semua termasuk Rihanna tidak faham bagaimana Brown boleh menyatakan bahawa dia memohon maaf tetapi masih enggan mengaku kesalahannya,” kata seorang rakan karib penyanyi wanita itu kepada akhbar Chicago Sun Times.
“Dia sepatutnya melahirkan kekesalan kerana perbuatannya,” tambah sumber itu.
Brown, seorang penyanyi irama R&B, menyiarkan permohonan maaf terbuka pada Ahad lepas dan menyatakan bahawa dia meminta maaf dan sedih dengan apa yang berlaku.
Penyanyi berusia 19 tahun itu menyerah diri pada 8 Februari lepas dan dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM175,000) sementara menunggu perbicaraan pada bulan depan.
Dia didakwa memukul Rihanna, 21, yang terkenal dengan lagu Umbrella sehingga lebam dan menggigit tangan teman wanitanya itu dalam satu pertengkaran lebih seminggu lalu. – Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_13.htm
No comments:
Post a Comment